Monday, May 31, 2010

Inilah post paling takbest

Memang sedih bila Saari Amri on Facebook dan tengok status orang lain yang seronok bercuti. Time cuti ini, beliau banyak belajar tentang kesusahan. Bak kata Mat Salleh, "God help me to prevent myself to become somebody who are useless", bisik Saari Amri di dalam hati.

Mau taknye, time remaja-remaja lain sibuk lepak-lepak, isap shisha, main tetek dalam pawagam dan kereta, berlaga gigi di taman-taman, pergi ke gimnasium untuk mendapatkan body katang lepastu show off depan makwe makwe, menonton video lucah terbaru dan macam-macam lagilah, si Saari Amri ni sibuk menolong bapaknya berniaga.

Namun begitu, Saari Amri berharap pengalaman cuti semester ini dapat menjadikan beliau seorang yang mempunyai sensiviti kehidupan yang tinggi. Itulah harapan beliau. Disamping memasang cita-cita menjadi salah seorang ahli kumpulan Fabulous Cats di bawah pimpinan Cat Farish.

Matahari terik memancar, mengasah kesabaran Saari Amri dan mendekatkan beliau dengan erti putus asa. Pada hari itu, panas terik matahari serius mencabar keimanan beliau yang tengah drive Van tanpa Air cond. "Ingin sahaja diajak matahari ini bertumbuk jikalau matahari ini boleh menjelma dari segi fizikal," getus Saari Amri di dalam hati.

Tiba di Rawang, Van Jahat beliau berasap-rasap, umpama perayaan yang memuja Jin Ifrit, Saari Amri berasa kelam kabut, enjin mati, bau hangit, Abah Saari, bernama Amri Sakinah Waljamaah lagi panik, kopiah beliau terbang dibawa angin tingkap Van. Serban Abah beliau huru hara dibelakang van, macam ular tertelan spark plug!!! Suasana tegang!!! Amri Sakinah cuba melaungkan azan!!! Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!!

Okay. Sudah. Mana ada Azan. Saari Amri terus berhenti ditepi jalan. Kutu-kutu tow truck 2-3 kali berhenti. Dilempang kesemua kutu-kutu yang berhenti. Semua kutu cakap "Ini van sudah total lost, itu head sudah terbakar, piston kena tukar, kalau jalan jugak lagi mahai, kene turun enjin", Kepala bapak kau dengan bapak aku. Marah Saari Amri, apabila Abahnya mula percaya dengan kata kutu-kutu.

Kemudian, abah Saari Amri menelefon saudara beliau yang tinggal berhampiran... Lima ribu minit kemudian...

"Ikatan persaudaraan membentuk kesetiaan tanpa batasan",

Abang McCann Ericcson (ME), Anak saudara kepada Amri Sakinah datang daripada Bidor walaupun beliau tengah bekerja. Dengan pengetahuan beliau, Van.....

Cut. Kene potong, to be continue

No comments:

Post a Comment