Minyak bakal naik 20 sen. Gula dah naik. Semua benda lah naik harga. Kenapa? Ekonomi tengah down kan? Ada satu artikel aku baca dalam berita minggu yang membuat comparison dengan Amerika. Siap buat caption cover muka depan surat khabar Amerika yang menjelaskan rakyat Amerika masih lagi berbelanja tapi dengan cara bijak. Mereka melancong dalam negeri sahaja sebagai pilihan cuti musim panas.
Kepala bapak kau.
Ini bukan blog politik. Tapi apa masalah negara kita sekarang ni? Kata nak menjuarakan rakyat. Aku tak rasa sebagai seorang juara pun. Ada orang explain dekat aku (orang yang masyuk-masyuk), okay la tu compare dengan Thailand, Indonesia. Negara kita okay lagi.
Kepala bapak kau.
Kau bukak mata bapak kau dah tinggal RM50 atas meja.
Cuba datang sini, dengar cerita peniaga-peniaga yang resah. Industri kecil dan sederhana nak bernafas pon susah kamu tahu. Melayu, cina, India semuanya tengah pening mengeluh dengan keadaan sekarang ni. Ini pon nak cekik lagi rakyat naikkan minyak pulak.
Ini bukan blog politik. Tapi kamu ialah pemuda yang boleh membuat perubahan. Bacalah surat khabar arus perdana, tapi baca juga surat khabar yang lain. Buat satu research tentang satu topik yang kamu rasa musykil. Jangan dengar sebelah pihak punya cerita sahaja, gunakan kemahiran kamu untuk menganalisis. Dan sediakanlah jawapan yang berdasarkan fakta.
Jika kamu bijak, kamu mesti pasti yang politik ni sebenarnya fucktup. Mana-mana pihak sama sahaja, janji tinggal janji. Yang ada cuma janji kosong. Ini bukan blog politik. Tapi kalau kamu bijak, kamu akan gelak tengok orang gila menulis di media arus perdana.
Daripada baca benda kat arus perdana, baik aku baca update blog orang lain yang penuh dengan makian, racism yang positif, percintaan yang dihalang kambing depan rumah, kehidupan di alam barzakh, nafsu seks kuda, kisah wanita buncit, kisah poem shahdu kuil oracle, kisah lelaki single yang suka mengambil gambar guna camera DSLR, kisah kehidupan remaja yang meminta duit ibu bapa dan macam-macam cerita lah ada.
No comments:
Post a Comment