Ada satu kumpulan samseng di sekolah yang diberi nama 36top. Dekat meja-meja, tandas-tandas, stall burger awe dan HQ pengawas, semuanya terpampang tulisan 36top. Ianya diconteng ahli-ahlinya dimana, setiap contengan boleh redeem point. Contengan di tandas 3 point. Contengan di bilik guru 10 Point. Cukup 100 Point, ahli kumpulan 36Top boleh tebus hadiah dekat bos. Dengar cerita hadiah redeem point ialah Pakej Haji dan Umrah.
Baiklah, Setelah 2 tahun menjadi perisik, aku diterima menjadi ketua kumpulan 36Top. Lama kelamaan, aku jadi seronok dan aku berikan maklumat palsu dekat cikgu.
Ketika kami membungkus dadah, tiba-tiba sekumpulan FBI diketuai Agen Burke membuat serangan. Kami akhirnya tewas. Aku diberi tawaran untuk bekerjasama dengan FBI. Huh. Keputusan yang paling susah hendak dibuat dalam hidup.
Aku setuju dengan tawaran itu tetapi aku kene memakai gelang dikaki yang akan berbunyi jika aku keluar daripada sempadan daerah gombak.
Sekarang ini channel FOX sibuk buat cerita pasal aku yang bertajuk White Collar. Walaupun pelakon tu over acted tapi tak kisahlah. Janji cerita tu benar dan menjadi pengajaran untuk orang lain.
picture from aeyna.blogspot.com
No comments:
Post a Comment