Monday, April 18, 2011

Fiksyen Seorang Wanita

Bunyi air yang jatuh ke sinki memecah kesuyian petang yang kelam. Cuaca amat sesuai untuk keluarga di Bandar Merak Kayangan bersenang-senang. Di kesempatan ini, Rosnah gunakan untuk beristirehat. Pintu dapurnya di buka untuk menghirup udara segar dari laman. Aiman, anaknya dibiarkan berlari bebas di laman sambil ekor matanya memerhati setiap gerak anak kecil itu.

Sedang khusyuk Rosnah membuat kerja-kerja dapur, Aiman masuk ke dapur dengan tergesa-tergesa. Aiman yang comel tersenyum riang, sambil memegang sebuah kotak hitam.

Rosnah: Aiman, jangan main kotak tu. Itu kotak waktu. Nanti waktu berputar.

Aiman, berumur 4 tahun, tersenyum dan membaling kotak itu.

Dan waktu itu berputar.

-

2011

dub.. dub.. dub..
Rosnah hampir pitam. Bunyi disini sangat bising. Dan dikalangan orang yang ramai itu, hanya bunyi bass yang mengikut nadi jantung sahaja dapat mengingatkan dia dengan dunia sebenar. Rosnah meneguk air didalam gelas kaca. Perutnya terasa panas. Dia berpeluh dan melihat ke atas.

Lampu disitu kelam. Diikuti sinar biru dari atas siling yang berputar. Kepalanya berputar mengikut sinar lampu itu sehingga lagu kegemaran beliau diputarkan DJ. Fakhrurazi, teman Rosnah tersenyum lebar memerhatikan rosnah di satu sudut.

"Rosnah : Fakrurazi, this is my favorite song!!! I want to dance!!!"

Fakhrurazi tersenyum lagi. Hari ini sangat menguntungkan. Sangapnya dapat dilepaskan menjelang tiga pagi nanti.

-

2011, 5.00 pagi.

Kepala Rosnah masih pening. Dia membuka mata dan Fakhrurazi bersama beliau diatas katil. Dia mengalihkan selimut diatas badannya. Tanpa seurat benang, Rosnah bangun mencapai tuala di almari untuk menutup tubuhnya. Rosnah duduk sendirian di tingkap..

Rosnah bosan. Dia menggapai kredit kad dan dicincang serbuk putih yang telah tersedia di atas meja di tepi katil. Disusun serbuk itu sebaris dengan kemas. Tangan kiri nya menutup lubang hidung kiri. Rosnah merapatkan kepala ke meja dan... Srrrruuuppp.

Matanya terkebil-kebil dan Sebaris serbuk putih tepat di sereberum otaknya sekarang. Azan subuh berkumandang. Rosnah gembira. Rindunya bersama Aiman semakin meluap-luap. Dia mengambil kotak waktu dari tas tangan dan menghirup sebaris lagi serbuk putih.

Dan Kotak waktu itu pun berputar. Fantasi waktu. Pengubat realiti.

-

Kini, Rosnah berada di Bandar Fiksyen Merak Kayangan semula. Bersama Aiman, dia menunggu suami tercinta pulang ke rumah.

1 comment: