Sunday, March 6, 2011

Gadis berbunga Mala

Aku duduk di suatu sudut di halaman rumah pangsa di Seksyen 6. Leka ku memerhatikan sepasang kucing yang berkejaran, berguling di atas rumput yang hijau. Bersama kucing itu, dua orang anak kecil berlari-lari anak mengejar bola belon. Mereka tersenyum, aku juga tersenyum. Si bibik pula memerhatikan si anak kecil, mengawasi dan kadang kala tergelak melihat telatah mereka.

Angin syahdu petang itu menjemput kain di ampaian menari mengikut irama. Aku segera bertenggek di atas penghadang pejalan kaki berwarna biru. Besi penghadang itu suam-suam kerana panas mentari. Molekul dan ion besi itu dapat kurasakan di bahagian punggung dan di tangan kiri. Suamnya hingga ke tulang yang paling dalam.

Gadis itu datang lagi. Dia gadis berbunga Mala

Aku memerhatikan genit tubuh gadis berbunga mala. Rambut style capal nabi. Mengurai menyerbu pipi. Betis mala betis pinang. Pinggang mala stainless steel. Punggung mala keding jambu batu. Dada mala kelapa upih jenis natural beauty. Leher mala rambu-rambu tak panjang tak pendek lebih kurang gelas teh kat Khulafa. Lentok mala ala-ala Haliza Misbun dalam cerita Salam Taj Mahal.

Walaupun dari jauh, ku tahu, ini ialah gadis impian. Lemah gemailai ligamen lutut bila Mala tersenyum dari jauh - Dia melihat telatah anak kecil tadi. Segera aku menghembuskan asap rokok Peter untuk mengawal serangan panik. Mataku mengekor tajam wajah ayu itu. Sungguh Ayu kau gadis berbunga Mala. Sungguh Ayu...

Sedang aku tunduk sambil memejamkan mata menunggu gadis berbunga Mala, ku terdengar bunyi lembut tapak kakinya yang semakin hampir. Hati ini berdesup laju kerana wangian antagonis si gadis. Aku tidak sabar melihat wajahmu wahai gadis berbunga Mala secara close-up view/first person view macam game counter strike/jenis yang HD zoom rapat-rapat punye - segera aku membuka mata. Dan Bullshit bila ku tengok kebawah, seluar track aku koyak kat celah kangkang!!! Baru aku perasan dan gadis berbunga Mala sudah jauh kedepan... Yang tinggal hanyalah wangian Mala yang tersengih sinis.

gambar di ambil di http://4.bp.blogspot.com

2 comments: