Wednesday, December 22, 2010

Pencarik Tikar ditahun 1998

1998

Masa kecil saya carik tikar kat surau. Lepas tu tikar tu saya letak kat depan pintu masuk surau. Bila dah letak depan pintu, tikar itu mesti disangkutkan dibawah almari atau benda-benda berat supaya ianya (tikar tadi) tidak bergerak. Kemudian, saya akan duduk tepi. Yang penting jauh sikit daripada pintu. Bila tikar dicarik, tali-tali yang berserabut daripada tikar itu akan keluar kan? Apa motif letak tikar+tali-tali berserabut+depan pintu surau+duduk tepi?

Gedebuk!!! "Natey!!! Budok mano punyo kijo nih", Jerit Uztaz Mat Bond ketika kakinya tersangkut dekat tikar yang dicarik.

Kalau hari itu untung. Dapat la tengok sorang dua pakcik@uztaz jatuh tersembam. Selalu yang tersembam ni yang tua-tua lah. Bapa saya pun tak terkecuali antara mangsa jerangkap samar ini.

Mangsa selalunya makmum masbok yang bergerak dengan keaadan laju kerana lambat. Terpaksa mengejar rakaat Imam dan Jemaah.

Apalagi Tuan-tuan dan puan-puan silalah cuba di surau berdekatan rumah anda!!!

p/s-
ada sekali tu, pak cik tu jatuh lepas tu terus duduk tahyat akhir. Kelakar gila. Saya terus pejam mata dan terus bacakan Asma-ul-Husna bila pakcik tu usha-usha panas.

"Sebarang kecederaan ditanggung pihak yang mencuba atau melakukannya sendiri. Annzickler tidak bertanggungjawab diatas segala kerugian yang dialami pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ketika mencuba atau mempraktikkan aksi ini."

1 comment:

  1. inilah balasan kepada makmum yg lambat solat..
    conclusion nye..kalo dah lambat, lari2 anak sket pastu time dpn pintu lompat setinggi yg boley..kalo pakai kain pelekat pegang kemas2..selamat beramal..

    ReplyDelete