Dia berjalan seorang diri. Sepi. Tanpa suara. Hanya mampu memerhati. Kemudian, dia menuruni lereng bukit di kawasan rumahnya, melepasi tadika Sri Ayu, melepasi simpang ke jalan besar, melintasi parit sempadan kepada fasa-7. Dia memerhati stesyen bas Fasa-3 yang dipenuhi adik-adik yang riang pulang ke sekolah. Riang sepertinya ketika di zaman kanak-kanak dahulu. Melihat ke kiri dan kanan dan akhirnya melintasi jalan besar ke kawasan lot kedai. Dia segera menghala ke Kedai Runcit. Beliau berdiri gagah di sisi meja kedai yang menjual surat khabar – Mengamati setiap inci kawasan dimana dia membesar.
Ya, ini kawasan perumahan yang sangat menjengkelkan baginya. Dia segera menyalakan Dunhill batang yang baru sahaja dibeli. Hembusan asap mengukir kembali memori silam diwaktu dia masih diperlukan, ketika kawan-kawan masih mengingatinya, ketika kawan-kawan masih gerun dengannya, ketika “Kiki” masih lagi menjadi teman rapatnya yang paling setia...
***
seorang kawan yang baik ialah seorang yang berterus-terang...
Aku ada seorang kawan yang dulu aku anggap sebagai abang. Cukuplah sekadar aku namakan dia sebagai DK. DK tua dua tahun daripada aku, masa aku darjah empat, DK darjah enam. DK paling gengster kat kawasan perumahan. DK gangster sebab abang dia CK, lagi genster.
DK lah yang backup aku kalau aku buat hal dengan senior taman yang lain. Punyalah Otai DK ni, masa aku darjah 1, DK darjah 3, dia dah start serong sekolah letak beg kat bawah longkang. Aku ni pon, start tingkatan dua baru berani nak serong pegi studio jamming. Bayangkan DK punye advance, tahap dewa-dewa kan?
Selain itu, DK juga banyak duit. Kadang-kadang dia curi duit mak dia. Kalau DK ada banyak duit kami akan pergi ke Power Internet, sebuah cyber cafe yang mempunyai Playstation yang disewa sejam RM4.00. Semua perbelanjaan ditanggung DK. Aku pulak? Kalau aku curik duit Abah, aku pergi main game sorang-sorang, aku tak ajak DK.
Lagipun aku ni tak kering macam dia. Sekali rembat sampai RM10 ke RM50. Aku paling busuk pon curik duit Abah sebanyak RM3 sahaja. Orang kata sikit-sikit, lama-lama jadi kopek Datin Rosmah yang membuyut. Okay lah tu, cukup untuk main selama satu Jam. Memang sejak kecil lagi zaman aku Darjah 1 sampai tingkatan 4, aku dan DK main game di CC bersama. Kadang-kadang sampai 3 hari tak balik rumah.
Selain itu kelebihan Power Internet juga adalah anda dibolehkan merokok walaupun anda masih bersekolah. Masa aku Tingkatan 1, DK Tingkatan 3, kami main game ditambah dengan rokok. Ye lah, baru nak mula belajar jadi samseng. Masa itu, aku hanya isap rokok. Tapi, kau bayangkan DK dah boleh berani main Pipe Porn dengan selamba. Ada satu hari tu aku tengah lepak kat belakang Balai Umno kat Surau. Masa tu baru lepas Isyak. Tengah sibuk melepak DK datang dan terus main balut dengan selamba.
Memang aku terkejut sebab masa dia stone, dia nyanyi lagu Salem Iklim!!! Siap ada background muzik dan penari hip hop lagi buat rapping. Paling aku tak sangka gerakan Summersault yang dilakukan beliau. Huiyoo. kepala jatuh dulu pon dia kering macam tiada apa-apa yang menghalang mereka. Kagum aku, lebih-lebih lagi time tu, aku ada terperasan AC Mizal buat rapping lagu 4u2c. Masa tu zaman Punk. Mana boleh main Rapping ni. Tak nak kene maki ke dengan senior lain nanti. Jatuh standard gagah gua.
Itulah, kau tengok, Punyalah kering DK ni, sampai dia dah tak kisah kat pakcik dan makcik yang lalu lalang. Aku pon pening-pening dengan perangai DK ni. Sedar-sedar aku dah ada kat atas katil kat rumah. Masa tu aku bangun pukul 7.15. Aku terus mandi pastu pergi ke sekolah. Sebelom aku pergi sekolah, aku isap rokok dekat Pokok Rambutan.
aku bagitao pakcik musa. hai DK ;)
ReplyDelete